Review: Etude House Dear Darling Glossy Lips

Hai..Hai...

Selalu Puteri review tentang eyeshadow je kan, jadi hari ini Puteri nak review pulak tentang 2 lipstik dari Etude House. Packaging 2 lippies ni sangat-sangat comel atau KAWAII...Comel sangat..hehe. Comel kan?? Tgk je terus nak beli. Lipstik yang Puteri beli ni adalah Dear Darling Glossy Lips.


Review: Maybelline Volum' Express Magnum Mascara

Hai Ladies...

Review kali datang dari brand yang sama Puteri review pada beberapa hari lepas. Tapi kali ini tentang mascara pulak iaitu Maybelline Volum' Express Magnum Mascara.


Menarik bukan? Packaging mascara ni warna kuning kemudian tulisan warna ungu..memang cun..hehe..Mungkin ramai yang tahu kalo dekat US, Maybelline de jugak keluarkan mascara yang sama cuma namanya yang berbeza iaitu Maybelline Colossal Volum' Express Mascara. Packaging kedua-dua mascara ni sama tapi formulanya Puteri tak pasti sama atau tidak sebab Puteri tak beli pun Maybelline Colossal tu cuma nampak di internet je la,maaf ye.

Review: Maybelline Diamond Glow Eyeshadow Quad

Selamat Malam Semua... (^^,)

Selamat Hari Raya...De ke lagi yang tengah beraya lagi time-time macam ni. Mesti de jugak yang plan untuk open house kan..Bagus la macam tu boleh merapatkan ikatan silaturrahim sesama kita..hee..Membebel pulak..

Ok lah, untuk kali ni Puteri akan review produk seterusnya dari Maybelline iaitu Diamond Glow Eyeshadow Quad. Puteri tau produk ni dah lame ada kat pasaran cuma sekarang baru Puteri dapat buat review untuk eyeshadow.

Maybelline Diamond Glow

Golden Emerald Look

Hai semua...

Disebabkan hari ni Puteri ada banyak masa lapang, jadi Puteri postkan entry tentang solekan yang sangat mudah digayakan pada hujung minggu.Hanya menggunakan 2 warna sahaja, mata anda tetap nampak menarik.hehe

Golden Emerald Look
Nak tahu warna yang Puteri gunakan untuk mendapatkan gaya solekan ini, sila baca selanjutnya... ^___^


Avon Ultra Color Rich Mega Impact

Lipstik dan wanita memang tidak dapat dipisahkan lagi, bak kata pepatah melayu "Bagai aur dengan tebing". Betapa akrabnya wanita dengan lipstik memang tidak dapat dinafikan lagi. Walaupun kebanyakkan wanita jarang mengenakan solekan di mata tetapi lipstik sudah menjadi kewajipan mereka sebelum keluar dari rumah. Jadi hari ini, Puteri akan review tentang lipstik yang baru Puteri beli minggu lepas.hehe 

Baru-baru ini Avon ada melancarkan lipstik terbaru mereka iaitu Avon Ultra Color Rich Mega Impact.

Avon Ultra Color Rich Mega Impact

Silkygirl Blockbuster Color Pallete

Silkygirl merupakan salah satu jenama kosmetik terkenal yang dijual di Malaysia terutama di Watsons dan Guardian. Kesemua produk Silkygirl sangat berpatutan dan target mereka mungkin lebih kepada golongan remaja dan wanita muda. Ade jugak orang cakap yang sebenarnya Silkygirl ni adalah company Wet n Wild, cuma dorang tukar nama pada Silkygirl.Puteri tak pasti lak pasal tu, yang pasti kali ni Puteri akan buat review untuk salah satu produk mereka iaitu Silkygirl Blockbuster Color Pallete.

03 Green Forest

Tropical & Exotic Eye Look inspired by Hollyannaeree

Gaya mekap ini diinspirasi dari makeup guru kegemaran Puteri kat Youtube..Nama die Hollyannaeree..Kesemua video tutorial die sangat best dan senang untuk dipelajari berbanding makeup guru yang lain. Anda boleh lihat video tutorial di Youtube dan search "Hollyannaeree" atau tekan sahaja link dibawah.Hehe.

(Hye Everyone....This look has been inspired by my favorite makeup guru in Youtube name Hollyannaeree. She is so beautiful and adorable person.. (^^,). I love all her make up tutorial in her channel. So the look that I posted here is one of it. If you want to watch her video just click the link that i put bellow..Hope you guys enjoy it...hehe)



Gaya ini sesuai la kalau nak keluar pada hujung minggu pergi shoppink atau bersiar-siar.Selalu hari biasa pakai warna-warna yang netural, hujung minggu boleh guna warna yang lebih funky dan terang. Pasti penampilan anda lebih menarik..

(I think this look is suitable if you want to hang out with your friends on weekend. Usually we used the netural eyeshadow during weekday, so lets use some bright and funky eyeshadow colour during weekend. I'm sure you will look awesome than usual)
Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri